Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Thursday, October 09, 2008

Mesyuarat JK Teknikal dan Aplikasi Atas Talian

Mesyuarat JK Teknikal dan Penghosan Aplikasi Atas Talian.

Tarikh : 9 -10 Okt 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Unit TMK, BPG.
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang.


Agenda : Tentang

Wednesday, September 17, 2008

Mesyuarat Verifikasi dan Pengujian Aplikasi Data BPG / IPKT Bil 2/2008


Mesyuarat Verifikasi dan Pengujian Aplikasi Data BPG / IPKT Bil 2/2008

Tarikh : 15 - 17 Sept 2008
Tempat : Hotel Crytal Crown, Petaling Jaya
Anjuran : Unit TMK, BPG



Berkongsi bilik dengan En Rahim (IPSM). Mesyuarat bermula pada malam 15 Sept 2008. Penekanan diberikan kepada data pelajar yang ada di IPG sehingga 16 Sept 2008.

Mesyuarat di adakan pada bulan Ramadhan. Berbuka di Cafe Hotel, banyak betul makanan. Pilih makanan yang nak di makan sahaja. Waktu sahur pula tak selera nak makan tapi makan juga, nak ambil berkat.

Hari kedua mesyuarat dimulakan pada 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat hotel berkenaan.

Thursday, September 04, 2008

Mesyuarat Penyelarasan OLL


Mesyuarat ini diadakan pada ketetapan berikut ;

  • Tempat : Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.
  • Tarikh : 3- 5 Sept 2008
  • Anjuran : Bahagian Pendidikan Guru (Unit TMK)

Mesyuarat ini diadakan pada bulan Ramadhan. Malamnya sembahyang tarawikh di Masjid berdekatan (lupa pula namanya)..

Hari pertama (3 Sept 2008) sampai dari KLIA jam 11.00 am. Sampai di Seri Malaysia Hotel pada 1.00 pm. Petangnya lepak di bilik saja. Berbuka di Cafe Seri Malaysia jam 7.18 pm. Lepas Sembahyang Tarawikh di Masjid, mulakan mesyuarat pada pukul 9.30 pm.

Thursday, April 17, 2008

Mesyuarat Penyelarasan Bestari 4M 2008

Mesyuarat Penyelarasan Bestari 4M 2008

Tarikh : 15 - 17 April 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Lipis,
Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang

Tuesday, April 15, 2008

Meyuarat Penyelarasan KDP 4 M Bestari Zon Timur

Meyuarat Penyelarasan KDP 4 M Bestari Zon Timur


Tarikh : 15 -17 April 2008

Tempat : Hotel Grand Continental, Kuantan. Pahang.


Mesyuarat ini untuk penyelarasan kursus bestari 4 Minggu. Persediaan dimulakan di IPKT pada pagi 15 April 2008. Berkongsi kereta dengan En Roseli Mat Nor. Daripada IPKT pukul 2.00 petang, hantar anak (Aliff dan Aidil) ke Sekolah Agama Yayasan Terengganu di Cabang Tiga. Tinggalkan kereta di SMK Manir.


Bertolak daripada SMK Manir ke Kuantan pada pukul 3.00 petang. Singgah di Kuala Ibai untuk ambil barang Roseli. Sampai di Hotel Grand Continental pada pukul 8.00 mlm. Pukul 9.00 mlm, taklimat dimulakan oleh Penyelarasan Bestari IPKT untuk zon timur.


Taklimat mengenai penyelarasan berkenaan dengan setiap kursus bestari. rph buat dua dan pilih terbaik untuk dipertandingkan. pertandingan akan dianjurkan oleh BPG. Penyelarasan minta bawa modul, komputer dan CD. Bersedia dengan bahan-bahan yang telah diperolehi semasa

Tuesday, April 08, 2008

Mesyuarat Penyelarasan OLL Bagi Program KPLI jQAF Mode LPBS Bil 1/2008

Mesyuarat ini di adakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 7 - 10 April 2008
Tempat : The Majestic Station Hotel, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Pada hari pertama perjalanan dari Kuala Terengganu ke Ipoh pada pukul 8.30 pagi. Bersama Tn Hj Ahmad Zahari menaiki kereta Waja. melalui Tasik Kenyir, Felda Aring, Gua Musang kemudian ke Lojing di Kelantan, Cameron Highlands seterusnya ke Ipoh.

Kami sampai ke Hotel, pada pukul 5.00 petang selepas pekena nasi kandar di bandar Ipoh. best juga nasi kandar di sini. Tapi kat Penang lagi best kot.. Selepas mendaftar terus pengsan kat katil (penat la tu)..

Pukul 8.30 malam taklimat oleh KPP Unit TMK BPG, kemudian Puan Balkese seterusnya Tn Hj Abu Bakar (IPTI Johor Bahru) mengenai apa yang akan di buat semasa mesyuarat ini dan senario yang berlaku dalam OLL jQAF 2008.

Tarikh 8 April 2008 Mesyuarat dipecahkan kepada kumpulan mengikut kursus masing-masing. Saya diberi tugas untuk menyemak kursus TP. Penyemakan bermula daripada mula sehingga semua aktiviti pelajar.

Petangnya ke Yik Thong Plaza, Ipoh bersama kawan-kawan (Hj Yusof, Hj Zahari, Zain, Raymond Khoo) lihat barangan komputer dan telefon. Selepasnya makan popia di medan selera bandar Ipoh (kata mereka paling sedap, ada cawangan kat Johor dan Kuala Lumpur)

Malamnya mula balik proses semakan terhadap OLL jQAF.

9 April 2008
Meneruskan semakan terhadap kandungan OLL jQAF bidang Pengurusan Sumber.

10 April 2008
Proses semakan terakhir oleh peserta mesyuarat. Sedikit gangguan daripada bunyi enjin keretapi (kat Terengganu tak ada keretapi). Proses dapat disiapkan pada pukul 12.00 tengahari.

Petangnya bersama dengan Hj Zahari dan anaknya Muharam - di hantar oleh Bapa saudaranya dari Taiping, kami memulakan perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Gua Musang (bersembahyang di Masjid Gua Musang), seterusnya Felda Aring, Tasik Kenyir dan seterusnya ke rumah di Manir.

Perjalanan kami berjalan dengan lancar, walaupun terdapat lori balak dan lori membawa muatan kelapa sawi di perjalanan kami.

Singgah di supermarket di Gong Badak, hantar Hj Zahari dan anaknya ke rumah waden. Pulang ke rumah (lepak we.........)




Monday, September 26, 2005

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Data Institut/Maktab Perguruan Malaysia




Tarikh : 26 - 29 Sept 2005

Kehadiran :
En Biamin bin Ahmad
En Yahya bin Osman


Agenda Mesyuarat:
  1. Taklimat tentang penggunaan eSMP di Maktab Perguruan
  2. Permasalahan mengenai penggunaan eSMP oleh pengguna (Pegawai Data)
  3. Pembaikan sistem dalam eSMP (Pembangun Sistem)
Tentatif Program
Hari Pertama (26 Sept 2005)
  • Taklimat mengenai keperluan dalam Mesyuarat oleh Pegawai BPG (En Aliyas Said - Penolong Pengarah Unit TMK)
Hari Kedua (27 Sept 2005)
8.00 - 1.00 tgh
  1. Permasalahan mengenai sistem eSMP oleh Pegawai Data Maktab.
  2. Antara masalah dan cadangan ;

    Masalah
    - Masalah pelajar tidak mengemaskini maklumat.
    - Paparan password untuk admin maktab.
    - Keluar senarai nama berulang dalam data.

    Cadangan
    - Paparan password pelajar untuk admin
    - Rumusan mengikut tahun
2.00 - 5.00 ptg
  1. Pembaikan sistem oleh pembangun.
  2. Verifiy Data oleh Pegawai Data.
8.00 mlm - 10.00 mlm
  1. Verify Data oleh Pagawai Data
  2. Pembaikan Sistem oleh Pembangun Sistem
Hari Ketiga (28 Sept 2005)
8.00 - 10.00 pagi
  1. Verify Data oleh Pagawai Data
  2. Pembaikan Sistem oleh Pembangun Sistem
10.30 - 12.30 tgh
  1. Verify Data oleh Pagawai Data
  2. Pembaikan Sistem oleh Pembangun Sistem
2.00 - 4.00 ptg
  1. Verify Data oleh Pagawai Data
  2. Pembaikan Sistem oleh Pembangun Sistem
8.00 - 10.00 mlm
  1. Verify Data oleh Pagawai Data
  2. Pembaikan Sistem oleh Pembangun Sistem