Wednesday, September 17, 2008

Mesyuarat Verifikasi dan Pengujian Aplikasi Data BPG / IPKT Bil 2/2008


Mesyuarat Verifikasi dan Pengujian Aplikasi Data BPG / IPKT Bil 2/2008

Tarikh : 15 - 17 Sept 2008
Tempat : Hotel Crytal Crown, Petaling Jaya
Anjuran : Unit TMK, BPG



Berkongsi bilik dengan En Rahim (IPSM). Mesyuarat bermula pada malam 15 Sept 2008. Penekanan diberikan kepada data pelajar yang ada di IPG sehingga 16 Sept 2008.

Mesyuarat di adakan pada bulan Ramadhan. Berbuka di Cafe Hotel, banyak betul makanan. Pilih makanan yang nak di makan sahaja. Waktu sahur pula tak selera nak makan tapi makan juga, nak ambil berkat.

Hari kedua mesyuarat dimulakan pada 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat hotel berkenaan.

Thursday, September 04, 2008

Mesyuarat Penyelarasan OLL


Mesyuarat ini diadakan pada ketetapan berikut ;

  • Tempat : Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.
  • Tarikh : 3- 5 Sept 2008
  • Anjuran : Bahagian Pendidikan Guru (Unit TMK)

Mesyuarat ini diadakan pada bulan Ramadhan. Malamnya sembahyang tarawikh di Masjid berdekatan (lupa pula namanya)..

Hari pertama (3 Sept 2008) sampai dari KLIA jam 11.00 am. Sampai di Seri Malaysia Hotel pada 1.00 pm. Petangnya lepak di bilik saja. Berbuka di Cafe Seri Malaysia jam 7.18 pm. Lepas Sembahyang Tarawikh di Masjid, mulakan mesyuarat pada pukul 9.30 pm.