Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Selamat Hari Lahir dan Ulangtahun Perkahwinan

Selamat Hari Lahir Nur Batrisya dan Ulangtahun Perkahwinan
14 Feb 2013

Thursday, June 07, 2012

Happy Birthday

Selamat Hari Lahir kepada ;

  1. Nur Badriyah bt Biamin ( 1 Jun 2012) 
  2. Salinawati Jamaludin (Mama) (6 Jun 2012
 Celebrate birthday di rumah Mak Long Kuala Lumpur.

Sambut Hari Lahir Nur Badriyah 1 tahun

Tuesday, May 08, 2012

Bercuti di KL

Pada 3 Mei - 6 Mei 2012 Kami sekeluarga pergi melawat along di Sekolah Alam Shah. Tidur di Sungai Penchala. Bertemu dengan guru di Sekolah Alam Shah (Guru GPK HEM), Guru Memanah (Pn Haziah) untuk bertanya khabar tentang Along. Hari berikutnya pergi melawat zoo negara.

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya AidilFitri 1432 H



Satu pagi raya selepas solat aidilfitri di Masjid , Aliff , Aidil dan abah pulang ke rumah . Aliff dan Aidil berlumba-lumba untuk memberi lemang kepada kawan mereka dan jiran tetangga .
Apabila selesai memberi lemang , mereka bergegas pulang ke rumah untuk mengambil gambar mereka . Mula-mula mereka mengambil gambar secara keluarga dan kemudian secara individu untuk gambar hari raya mereka pada tahun 2011 . Pada mulanya ,abah yang mengambil gambar tetapi akhirnya tugas itu diberikan kepada Aliff .
Selepas selesai mengambil gambar , kami bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa kami dan memohon maaf pada hari yang mulia ini . Selepas itu , kami pulang ke Kuala Berang untuk bertemu sanak-saudara kami yang datang dari jauh . Sepanjang perjalanan ke sana , kami melihat pelbagai jenis flora yang tidak dapat dilihat di pekan atau bandar .
Apabila tiba di sana , kami merancang untuk pergi ke rumah Mak Long kerana ramai saudara kami yang berada di sana . Saya ( Aliff ) makan banyak lemang beserta rendang

Sunday, August 07, 2011

Kelahiran Nur Badriyah

Tanggal 1 Jun 2011 Tarikh kelahiran Nur Badriyah di Hospital Sultanah NurzahirahBermulanya puasa, Mamanya memulakan semula kerjaya gurunya.

Friday, April 01, 2011

Kejohanan Memanah MSS Terengganu 2011


Kejohanan Memanah MSS Terengganu diadakan pada 31 mac - 2 April 2011. Kejohanan ini diadakan di Institut Integriti Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kejohanan ini memerlukan psikologi yang tinggi bagi setiap athlet. Saya mengiringi anak Muhamad Aliff Haikal untuk bertanding bersama 3 rakan yang lain mewakili Kuala Terengganu Utara.Keputusan pada hari pertama Aliff berjaya mendapat tempat ke dua dalam 2 jarak berasingan iaitu (30 meter dan 25 meter) .
Diharapkan dapat memperbaiki lagi dalam hari kedua nanti



























Monday, February 15, 2010

Anniversary Wedding Day and Happy Birthday

H

ari ini 14 Fab 2010, hari penting bagi kami sekeluarga. tetapi pagi tu pergi hantar anak buah (Mohd Najmi) kahwin di Besut pukul 10.00 pagi. Sampai di Masjid Alor Lintang pukul 11.00 pagi. Menunggu semua rombongan sampai baru ke rumah pengantin.


Hantar pengantin katakan. Balik dalam pukul 2. Singgah solat di masjid saujana.

1. Raikan Wedding day ke 11 dan
2. Birthday NurBatrisya kali pertama (1 tahun)


singgah di secret recipy (org kata keknya sedap).


Malamnya makan kek di rumah









Sunday, February 14, 2010

Langkah Pertama Nur Batrisya

N

ur Batrisya pertama kali berjalan sebanyak 10 langkah. Macam tak percaya pula, pada birthday yang pertama, jam 8.00 pagi beliau cuba untuk berjalan dengan dibantu oleh abangnya.






Lihat Videonya






Monday, November 16, 2009

Merangkak kali pertama

M

erangkak kali pertama untuk Nur Batrisya. Tarikh 16 Nov 2009.


Monday, September 28, 2009

Along dan Angah di Sekolah

P

ergambaran di sekolah Along dan Angah







SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit.



G

ambar lama along masa kecik (birthday 2 tahun) dijumpai di rumah nenek (Parit Raja, Batu Pahat). Gambar mengimbas kembali kenangan along


From Aliff Haikal






From Aliff Haikal




Lihat Slideshow Sila Klik

Wednesday, September 02, 2009

S

alam Ramadhan kepada semua. Bulan berkat untuk umat islam. Bulan yang ditunggu untuk mengambil berkat.

Cuti seminggu permulaan ramadhan telah digunakan dengan sepenuhnya oleh anak-anak untuk bercuti.. di rumah aje. Bulan ini anak anak (Along dan angah) mula belajar mancing di parit dengan Cik Yeng. Dapatlah ikan seluang kat belakang rumah Tok Wan, Ikan keli dekat parit diBanggol Tuan Muda

Friday, February 13, 2009

Mama masuk wad bersalin

Hari ini, jam 9.00 pagi, ke HSNZ, Kuala Terengganu, hantar mama untuk kelahiran anak ke 4. Pergi bawa mama kat tingkat satu. Nurse minta daftar di tingkat bawah. Masa daftar kerani kat bawah kata ikut kelayakan boleh duduk first class ( 2 org sebilik). Tapi bilik penuh. Kat situ baru tahu kelayakan dan bayaran duduk dlm wad.

Hantar borang semula kat tingkat 1. Kena tunggu kat luar... Lepas ni sambung cerita

Melawat mama pukul 12.30 tengahari.

Melawat

Sunday, January 04, 2009

Selamat Bersekolah

Tahun ni dah 3 orang anak bersekolah, Muhamad Alliff Haikal (Tahun 4 Pintar), Muhammad Aidil Haikal (Tahun 2 Pintar) dan Nur Balqis (Pra Sekolah al-Falah). Ramai ibubapa hantar ke sekolah