Tuesday, April 08, 2008

Mesyuarat Penyelarasan OLL Bagi Program KPLI jQAF Mode LPBS Bil 1/2008

Mesyuarat ini di adakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 7 - 10 April 2008
Tempat : The Majestic Station Hotel, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Pada hari pertama perjalanan dari Kuala Terengganu ke Ipoh pada pukul 8.30 pagi. Bersama Tn Hj Ahmad Zahari menaiki kereta Waja. melalui Tasik Kenyir, Felda Aring, Gua Musang kemudian ke Lojing di Kelantan, Cameron Highlands seterusnya ke Ipoh.

Kami sampai ke Hotel, pada pukul 5.00 petang selepas pekena nasi kandar di bandar Ipoh. best juga nasi kandar di sini. Tapi kat Penang lagi best kot.. Selepas mendaftar terus pengsan kat katil (penat la tu)..

Pukul 8.30 malam taklimat oleh KPP Unit TMK BPG, kemudian Puan Balkese seterusnya Tn Hj Abu Bakar (IPTI Johor Bahru) mengenai apa yang akan di buat semasa mesyuarat ini dan senario yang berlaku dalam OLL jQAF 2008.

Tarikh 8 April 2008 Mesyuarat dipecahkan kepada kumpulan mengikut kursus masing-masing. Saya diberi tugas untuk menyemak kursus TP. Penyemakan bermula daripada mula sehingga semua aktiviti pelajar.

Petangnya ke Yik Thong Plaza, Ipoh bersama kawan-kawan (Hj Yusof, Hj Zahari, Zain, Raymond Khoo) lihat barangan komputer dan telefon. Selepasnya makan popia di medan selera bandar Ipoh (kata mereka paling sedap, ada cawangan kat Johor dan Kuala Lumpur)

Malamnya mula balik proses semakan terhadap OLL jQAF.

9 April 2008
Meneruskan semakan terhadap kandungan OLL jQAF bidang Pengurusan Sumber.

10 April 2008
Proses semakan terakhir oleh peserta mesyuarat. Sedikit gangguan daripada bunyi enjin keretapi (kat Terengganu tak ada keretapi). Proses dapat disiapkan pada pukul 12.00 tengahari.

Petangnya bersama dengan Hj Zahari dan anaknya Muharam - di hantar oleh Bapa saudaranya dari Taiping, kami memulakan perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Gua Musang (bersembahyang di Masjid Gua Musang), seterusnya Felda Aring, Tasik Kenyir dan seterusnya ke rumah di Manir.

Perjalanan kami berjalan dengan lancar, walaupun terdapat lori balak dan lori membawa muatan kelapa sawi di perjalanan kami.

Singgah di supermarket di Gong Badak, hantar Hj Zahari dan anaknya ke rumah waden. Pulang ke rumah (lepak we.........)