Wednesday, February 25, 2009

Bagaimana Mencipta "Baca lagi" dan "Ringkasan"

Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!


Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesuatu posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti "..baca selanjutnya...", "..Artikel Penuh"... dan yang seumpamanya.


Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.


Adalah dinasihatkan anda menyimpan dahulu template yang sedia ada dengan cara pergi ke dashboard anda klik Layout ->Edit HTML dan tickkan kotak "Expand Widget Templates" (sila lihat rajah di bawah), seterusnya klik Pautan "Download Full Template" (sila lihat rajah di bawah).










Simpanlah template yang dimuat-turun itu di satu folder yang mudah untuk diingati kerana jika berlaku sebarang kesilapan, fail xml ini akan digunakan dan diimport dari dashboard.


Langkah 1: Di kotak koding HTML template anda, cari

tag </head> dan kemudian masukkan kod yang diperolehi dari halaman ini SEBELUM daripada baris tersebut.


Langkah 2: Bila siap langkah 1, di kawasan koding


*************************

* <b:includable id='post' var='post'> sehingga

*

* <!-- clear for photos floats --> </div>

*************************

gantikan keseluruhannya dengan kod-kod yang terdapat di

halaman ini (kod yang berwarna merah adalah tambahan kepada yang asal).

Berhati-hati sewaktu mengedit koding berkenaan..



Langkah 3: Pergi ke Settings->Formatting dan di sebelah bawahnya, anda akan dapati satu kotak teks disediakan untuk menentukan "Post template". Salin dan tampal baris berikut di dalam kotak teks berkenaan dan simpan setting anda.


****************************

Taipkan perenggan satu dan dua di sini

<span id="fullpost">

Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini </span>

********************


Jika anda membuat posting baru ia akan menunjukkan dimana perlu menaip perenggan satu dan dua dan dimana pula untuk menaip perenggan-perenggan selanjutnya.


Adalah penting untuk mempastikan tag </span> adalah dihujung sesuatu posting.


Oleh itu, anda perlu gunakan tab Edit Html dan bukan tab Compose semasa menulis artikel.

Huruf Awal di Awal Posting

S
ering kita temui di blog-blog dimana huruf besar digunakan di awal kalimat posting dan membuat tampilan posting lebih menarik. I menarik perhatian pembaca terhadap satu-satu posting yang ditampilkan dan mengajak mata pembaca untuk terus mengikuti deretan tulisan selepasnya.

Hal tersebut sebenarnya mudah dilakukan, iaitu dengan menambahkan style CSS pada halaman Edit HTML. Ia dipanggil "Dropcaps" di permulaan posting.







Login ke Dashboard anda dan klik Layout -> Edit HTML

1)
Buat carian untuk kod ]]>

2) Salin dan tampal kod di bawah ini sebelum ]]>




.dropcaps {
float:left; color: #ff9900;
font-size:70px;
line-height:60px;
padding-top:1px;
padding-right:5px;
font-family:"Monotype Corsiva";
width: 50px; }
}


Anda boleh menuukar font-family:"Monotype Corsiva"; kepada font kegemaran anda namun adalah lebih selamat untuk menggunakan font yang kerap digunakan kerana font yang anda pilih mungkin tidak ada di dalam komputer pengunjung.

3) Kemudian anda perlu tambahkan pada bahagian Setting -> Formatting dan di bahagian bawah dalam kotak Post Template, salintampalkan pula kod ini.


huruf pertama


4) Klik Save dan kini di bahagian Posting, anda cuba "Create" satu kiriman. Anda akan mula menaip dan letakkan huruf pertama diantara k
oding itu tadi.




5) Setelah siap, cuba simpan dan lihat hasilnya!


ikhsan LPZH

Toturial Membina Blog

B
log ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.

Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.


Pergi ke http://www.blogger.com dan klik butang 'create your blog now'




LANGKAH 2

Disini ada sedikit perhatian yang perlu diberikan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail anda boleh terus login dengan mengklik pautan "please sign ini first" dan setelah itu penuhkan username dan password anda.






Jika anda belum mempunyai gmail anda penuhkan maklumat yang diminta.






* alamat email anda yang gunakan contohnya idajaya@yahoo.com

* kata laluan

* nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap artikel .. posted by ********** (namapaparan)

* pengesahan kod (word verification) - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera.

* Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah siap klik butang "continue"

LANGKAH 3

Skrin berikutnya akan memaparkan petak-petak untuk beberapa maklumat yang perlu anda isikan.




# Penuhkan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Blog Wak Jembal merupakan tajuk blog contoh ini.

# Blog Address: pilih nama untuk url blog anda, selepas memilih nama yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda itu telah diambil orang atau masih kosng. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih nama yang lain yang lain.

# Setelah siap, klik butang 'continue'


Selepas itu anda hendaklah memilih template / rekabentuk blog yang telah disediakan, kemudiannya klik 'continue'






Dan anda telah berjaya mencipta sebuh blogd an telah boleh memulakan mengepos artikel pertama anda.







Selamat memblog!

ikhsan LPZH

Pelajar KSPK belajar bina blog

Pelajar KSPK Ambilan Jan 2009 belajar bina blog. Ada dah ada blog dan ada yang baru nak belajar. Selepas diberikan maklumat cara-cara membina blog, pada hari kedua masing-masing sibuk dengan aktiviti memenuhkan blog dengan maklumat.



Blog pelajar ;

  1. Ahmad Yusri Jusoh

  2. Aldrin Aling

  3. Fayroz Bin Udzir

  4. Hasham Hazarman Bin Che Hat

  5. Hazaadzim bin Adanan

  6. Mohamad Rizal b Mohd Yussoff

  7. Mohd Zainowawi bin Izani

  8. Muhammad Azfar Bin Ariffin

  9. Muhammad Noor Bin Mt Razak

  10. Rahmah Bt Abd Rahman

  11. Sabariah Binti Ghani

  12. Wan Nur Hamni bt Wan Jusoh

  13. YM Syed Abi Ghufran Syed Ahmad



Friday, February 13, 2009

Mama masuk wad bersalin

Hari ini, jam 9.00 pagi, ke HSNZ, Kuala Terengganu, hantar mama untuk kelahiran anak ke 4. Pergi bawa mama kat tingkat satu. Nurse minta daftar di tingkat bawah. Masa daftar kerani kat bawah kata ikut kelayakan boleh duduk first class ( 2 org sebilik). Tapi bilik penuh. Kat situ baru tahu kelayakan dan bayaran duduk dlm wad.

Hantar borang semula kat tingkat 1. Kena tunggu kat luar... Lepas ni sambung cerita

Melawat mama pukul 12.30 tengahari.

Melawat