Thursday, September 19, 2013

Bengkel Kerja Penggambaran dan Penghasilan Video

Tempat : Dungun
Tarikh  : 16 - 19 Sept 2013
Penyertaan :

Semua ahli JTP 2013

Terima kasih kepada Staf BTPN Terengganu

1. En Mohamad bin Ali
2. En Wan Mohd Bakri bin Wan Musa

atas kerjasama dalam membatu staf JTP semasa bengkel ini berlangsung.


Friday, August 09, 2013

Hari Raya AidilFitri 2013

8 Ogos 2013 Kuala Terengganu ; Menyambut hari raya di rumah di Kg Duyung, Seberang Takir, Kuala Terengganu bersama keluarga. Selesai Solat Hari Raya di SUrau Hajah Mariam, bertolak ke Kampung Kuala Menjing untuk melawat kubur mak dan ayah. Selesai urusan di kubur, berhari raya di rumah Mak Long, Mak De, Pak Teh dan Mak Ngah.

Sebelah petangnya balik ke rumah di Kg Duyung setelah seharian berhari raya bersama adik-beradik di kampung. Hari raya tahun ni hanya beraya di kampung dan menunggu orang beraya di rumah. Menunggu baby baru. Semoga dipermudahkan..

Sila Klik Gambar untuk Besarkan

Sila Klik Gambar untuk Besarkan

Thursday, May 09, 2013

Bengkel Kerja Modul PLUG

Bengkel kerja Modul Pelan Latihan Untuk Guru (PLUG) TMK Tahun 4. Bengkel ini diadakan untuk Memenuhi keperluan Latihan kepada Guru untuk mengajar TMK Tahun 4 2014.

Tarikh : 7-10 Mei 2013
Tempat : Hotel Maluri, KL



Saturday, May 04, 2013

Kursus Asas Kehakiman Memanah IPT

Kursus ini di adakan di Unisza dengan penyertaan drp universiti tempatan.

Sunday, April 21, 2013

Kejohanan Memanah SBP VIII Kebangsaan

Kejohanan Memanah SBP VIII Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) pada 17-21 April 2013. Sebanyak 72 pasukan telah mengambil bahagian dan seramai 360 org pelajar terlibat.

Jarak yang dipertandingkan ialah 70m, 60m, 50m dan 30m untuk acara Recurve Lelaki. Manakala 60m, 50m, 40m dan 30m untuk Recurve Perempuannya.

Muhamad Aliff Haikal telah berjaya menggondol 3 pingat gangsa dalam acara

  1. Recurve 60m Terbuka.
  2. Recurve 60m SBP
  3. Recurve Olimpik Round Berpasukan.


Tahniah kepada yang berjaya.