Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya AidilFitri 1432 H



Satu pagi raya selepas solat aidilfitri di Masjid , Aliff , Aidil dan abah pulang ke rumah . Aliff dan Aidil berlumba-lumba untuk memberi lemang kepada kawan mereka dan jiran tetangga .
Apabila selesai memberi lemang , mereka bergegas pulang ke rumah untuk mengambil gambar mereka . Mula-mula mereka mengambil gambar secara keluarga dan kemudian secara individu untuk gambar hari raya mereka pada tahun 2011 . Pada mulanya ,abah yang mengambil gambar tetapi akhirnya tugas itu diberikan kepada Aliff .
Selepas selesai mengambil gambar , kami bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa kami dan memohon maaf pada hari yang mulia ini . Selepas itu , kami pulang ke Kuala Berang untuk bertemu sanak-saudara kami yang datang dari jauh . Sepanjang perjalanan ke sana , kami melihat pelbagai jenis flora yang tidak dapat dilihat di pekan atau bandar .
Apabila tiba di sana , kami merancang untuk pergi ke rumah Mak Long kerana ramai saudara kami yang berada di sana . Saya ( Aliff ) makan banyak lemang beserta rendang