Tuesday, August 09, 2011

100 Panduan Rumah Rapi, Sihat dan Selamat (Siri 1)

Hari ini selepas bertugas singgah Pasaraya Sabasun 2, di Gong Badak. Hajat hati nak beli air untuk berbuka puasa. Terlihat Majalah Anjung Seri. Apa yang menarik dalam Anjung Seri Ogos 2011 ialah 100 panduan Rumah Rapi, Sihat dan Selamat.

Langkah 1 : Kaedah Membeli barangan
Ikut peraturan satu masuk dan satu keluar. Setiap kali membeli barang, anda tidak perlu membuang barang sedia ada. Lainlah jika perlu mengisi ruang kosong dalam rumah.

Langkah 2 : Manfaat botol kosong
Gunakan botol kosong sebagai rempah ratus, gula, teh dan serbuk kopi. Letak label dan hias dengan riben.

Langkah 3 : Susunan botol rempah
Susun botol rempah di dalam rak atau laci kabinet dan lekatkan label pada botol untuk mengelakkan kekeliruan.

Langkah 4 : Resipi
Kumpul resepi yang dimuatturun daripada internet, kelas memasak atau kawan-kawan di dlam fail khas untuk menjimatkan masa mencari.

Langkah 5 : Tempat Khas Untuk Anak
Jika anda yang bekerja, Sediakan tempat khas untuk anak meletak barang kegiatan kokurikulum dan memo dari sekolah yang memerlukan perhatian anda.


bersambung ....