Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!
Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesuatu posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti "..baca selanjutnya...", "..Artikel Penuh"... dan yang seumpamanya.
Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.
Adalah dinasihatkan anda menyimpan dahulu template yang sedia ada dengan cara pergi ke dashboard anda klik Layout ->Edit HTML dan tickkan kotak "Expand Widget Templates" (sila lihat rajah di bawah), seterusnya klik Pautan "Download Full Template" (sila lihat rajah di bawah).
Simpanlah template yang dimuat-turun itu di satu folder yang mudah untuk diingati kerana jika berlaku sebarang kesilapan, fail xml ini akan digunakan dan diimport dari dashboard.
Langkah 1: Di kotak koding HTML template anda, cari
tag </head> dan kemudian masukkan kod yang diperolehi dari halaman ini SEBELUM daripada baris tersebut.
Langkah 2: Bila siap langkah 1, di kawasan koding
*************************
* <b:includable id='post' var='post'> sehingga
*
* <!-- clear for photos floats --> </div>
*************************
gantikan keseluruhannya dengan kod-kod yang terdapat di
halaman ini (kod yang berwarna merah adalah tambahan kepada yang asal).
Berhati-hati sewaktu mengedit koding berkenaan..
Langkah 3: Pergi ke Settings->Formatting dan di sebelah bawahnya, anda akan dapati satu kotak teks disediakan untuk menentukan "Post template". Salin dan tampal baris berikut di dalam kotak teks berkenaan dan simpan setting anda.
****************************
Taipkan perenggan satu dan dua di sini
<span id="fullpost">
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini </span>
********************
Jika anda membuat posting baru ia akan menunjukkan dimana perlu menaip perenggan satu dan dua dan dimana pula untuk menaip perenggan-perenggan selanjutnya.
Adalah penting untuk mempastikan tag </span> adalah dihujung sesuatu posting.
Oleh itu, anda perlu gunakan tab Edit Html dan bukan tab Compose semasa menulis artikel.