Sunday, April 21, 2013

Kejohanan Memanah SBP VIII Kebangsaan

Kejohanan Memanah SBP VIII Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) pada 17-21 April 2013. Sebanyak 72 pasukan telah mengambil bahagian dan seramai 360 org pelajar terlibat.

Jarak yang dipertandingkan ialah 70m, 60m, 50m dan 30m untuk acara Recurve Lelaki. Manakala 60m, 50m, 40m dan 30m untuk Recurve Perempuannya.

Muhamad Aliff Haikal telah berjaya menggondol 3 pingat gangsa dalam acara

  1. Recurve 60m Terbuka.
  2. Recurve 60m SBP
  3. Recurve Olimpik Round Berpasukan.


Tahniah kepada yang berjaya.


Tuesday, April 16, 2013

Pengujian Memanah UMP

Kontijen Terengganu telah menghadiri Pengujian Memanah di UMP Pekan untuk menguji cara-cara shooting, kekuatan tangan dan lain- lain.

Program ini adalah kerjasama MSN Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang di bawah kelolaan Prof Zahari.