Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya AidilFitri 1432 H



Satu pagi raya selepas solat aidilfitri di Masjid , Aliff , Aidil dan abah pulang ke rumah . Aliff dan Aidil berlumba-lumba untuk memberi lemang kepada kawan mereka dan jiran tetangga .
Apabila selesai memberi lemang , mereka bergegas pulang ke rumah untuk mengambil gambar mereka . Mula-mula mereka mengambil gambar secara keluarga dan kemudian secara individu untuk gambar hari raya mereka pada tahun 2011 . Pada mulanya ,abah yang mengambil gambar tetapi akhirnya tugas itu diberikan kepada Aliff .
Selepas selesai mengambil gambar , kami bersalam-salaman dengan kedua-dua ibubapa kami dan memohon maaf pada hari yang mulia ini . Selepas itu , kami pulang ke Kuala Berang untuk bertemu sanak-saudara kami yang datang dari jauh . Sepanjang perjalanan ke sana , kami melihat pelbagai jenis flora yang tidak dapat dilihat di pekan atau bandar .
Apabila tiba di sana , kami merancang untuk pergi ke rumah Mak Long kerana ramai saudara kami yang berada di sana . Saya ( Aliff ) makan banyak lemang beserta rendang

Wednesday, August 17, 2011

Perkhemahan Along Sek Rendah negeri Terengganu

Perkhemahan Along "teaching School" SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu di SMK Guntung


Tuesday, August 09, 2011

100 Panduan Rumah Rapi, Sihat dan Selamat (Siri 1)

Hari ini selepas bertugas singgah Pasaraya Sabasun 2, di Gong Badak. Hajat hati nak beli air untuk berbuka puasa. Terlihat Majalah Anjung Seri. Apa yang menarik dalam Anjung Seri Ogos 2011 ialah 100 panduan Rumah Rapi, Sihat dan Selamat.

Langkah 1 : Kaedah Membeli barangan
Ikut peraturan satu masuk dan satu keluar. Setiap kali membeli barang, anda tidak perlu membuang barang sedia ada. Lainlah jika perlu mengisi ruang kosong dalam rumah.

Langkah 2 : Manfaat botol kosong
Gunakan botol kosong sebagai rempah ratus, gula, teh dan serbuk kopi. Letak label dan hias dengan riben.

Langkah 3 : Susunan botol rempah
Susun botol rempah di dalam rak atau laci kabinet dan lekatkan label pada botol untuk mengelakkan kekeliruan.

Langkah 4 : Resipi
Kumpul resepi yang dimuatturun daripada internet, kelas memasak atau kawan-kawan di dlam fail khas untuk menjimatkan masa mencari.

Langkah 5 : Tempat Khas Untuk Anak
Jika anda yang bekerja, Sediakan tempat khas untuk anak meletak barang kegiatan kokurikulum dan memo dari sekolah yang memerlukan perhatian anda.


bersambung ....

Sunday, August 07, 2011

Kelahiran Nur Badriyah

Tanggal 1 Jun 2011 Tarikh kelahiran Nur Badriyah di Hospital Sultanah NurzahirahBermulanya puasa, Mamanya memulakan semula kerjaya gurunya.