Sunday, April 27, 2008

Kursus Bestari

Pelaksanaan Kursus Bestari Minggu ke2

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Masa : 8.00 - 4.30 pm
Fasilitator :
  • En Biamin Ahmad
  • YM Tengku Zawawi
  • En Roseli
  • En Wan Razak
Minggu ini berkaitan dengan ICT

  • Pakej Pembestarian
  • Pembinaan Folder
  • Persembahan Elektronik
  • Internet
  • Audio / Video Editing (basic)
  • Integrasi ICT

Monday, April 21, 2008

Jamuan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Jamuan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah diadakan di sebuah restoran di Gong Badak.

Tarikh : 20 April 2008
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Restoran

Acara Majlis,
  • Ucapan Pengerusi JPP 2008/2009
  • Ucapan Pengerusi JPP 2007/2008
  • Ucapan Penasihat JPP (Timbalan Pengarah)
  • Ucapan Pengarah

Yang hadir ialah AJK JPP yang baru dan lama serta pensyarah penasihat JPP.
Acara seterusnya .. ialah acara makan....

Sunday, April 20, 2008

Perkhemahan di Belukar Bukit

Perkhemahan di Belukar Bukit

Tarikh : 18-19 April 2008
Tempat : Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Majlis persantaian di pinggir sungai bersama keluarga sambil mandi di sungai yang sejuk. Family Camping di sini satu agenda yang tak dirancang oleh kami sekuarga.

Menumpang camping Perkhemahan Kadet Polis... sekurang-kurang ada ramai sikit orang..

Thursday, April 17, 2008

Mesyuarat Penyelarasan Bestari 4M 2008

Mesyuarat Penyelarasan Bestari 4M 2008

Tarikh : 15 - 17 April 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Lipis,
Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang

Tuesday, April 15, 2008

Meyuarat Penyelarasan KDP 4 M Bestari Zon Timur

Meyuarat Penyelarasan KDP 4 M Bestari Zon Timur


Tarikh : 15 -17 April 2008

Tempat : Hotel Grand Continental, Kuantan. Pahang.


Mesyuarat ini untuk penyelarasan kursus bestari 4 Minggu. Persediaan dimulakan di IPKT pada pagi 15 April 2008. Berkongsi kereta dengan En Roseli Mat Nor. Daripada IPKT pukul 2.00 petang, hantar anak (Aliff dan Aidil) ke Sekolah Agama Yayasan Terengganu di Cabang Tiga. Tinggalkan kereta di SMK Manir.


Bertolak daripada SMK Manir ke Kuantan pada pukul 3.00 petang. Singgah di Kuala Ibai untuk ambil barang Roseli. Sampai di Hotel Grand Continental pada pukul 8.00 mlm. Pukul 9.00 mlm, taklimat dimulakan oleh Penyelarasan Bestari IPKT untuk zon timur.


Taklimat mengenai penyelarasan berkenaan dengan setiap kursus bestari. rph buat dua dan pilih terbaik untuk dipertandingkan. pertandingan akan dianjurkan oleh BPG. Penyelarasan minta bawa modul, komputer dan CD. Bersedia dengan bahan-bahan yang telah diperolehi semasa

Tuesday, April 08, 2008

Mesyuarat Penyelarasan OLL Bagi Program KPLI jQAF Mode LPBS Bil 1/2008

Mesyuarat ini di adakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 7 - 10 April 2008
Tempat : The Majestic Station Hotel, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Pada hari pertama perjalanan dari Kuala Terengganu ke Ipoh pada pukul 8.30 pagi. Bersama Tn Hj Ahmad Zahari menaiki kereta Waja. melalui Tasik Kenyir, Felda Aring, Gua Musang kemudian ke Lojing di Kelantan, Cameron Highlands seterusnya ke Ipoh.

Kami sampai ke Hotel, pada pukul 5.00 petang selepas pekena nasi kandar di bandar Ipoh. best juga nasi kandar di sini. Tapi kat Penang lagi best kot.. Selepas mendaftar terus pengsan kat katil (penat la tu)..

Pukul 8.30 malam taklimat oleh KPP Unit TMK BPG, kemudian Puan Balkese seterusnya Tn Hj Abu Bakar (IPTI Johor Bahru) mengenai apa yang akan di buat semasa mesyuarat ini dan senario yang berlaku dalam OLL jQAF 2008.

Tarikh 8 April 2008 Mesyuarat dipecahkan kepada kumpulan mengikut kursus masing-masing. Saya diberi tugas untuk menyemak kursus TP. Penyemakan bermula daripada mula sehingga semua aktiviti pelajar.

Petangnya ke Yik Thong Plaza, Ipoh bersama kawan-kawan (Hj Yusof, Hj Zahari, Zain, Raymond Khoo) lihat barangan komputer dan telefon. Selepasnya makan popia di medan selera bandar Ipoh (kata mereka paling sedap, ada cawangan kat Johor dan Kuala Lumpur)

Malamnya mula balik proses semakan terhadap OLL jQAF.

9 April 2008
Meneruskan semakan terhadap kandungan OLL jQAF bidang Pengurusan Sumber.

10 April 2008
Proses semakan terakhir oleh peserta mesyuarat. Sedikit gangguan daripada bunyi enjin keretapi (kat Terengganu tak ada keretapi). Proses dapat disiapkan pada pukul 12.00 tengahari.

Petangnya bersama dengan Hj Zahari dan anaknya Muharam - di hantar oleh Bapa saudaranya dari Taiping, kami memulakan perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Gua Musang (bersembahyang di Masjid Gua Musang), seterusnya Felda Aring, Tasik Kenyir dan seterusnya ke rumah di Manir.

Perjalanan kami berjalan dengan lancar, walaupun terdapat lori balak dan lori membawa muatan kelapa sawi di perjalanan kami.

Singgah di supermarket di Gong Badak, hantar Hj Zahari dan anaknya ke rumah waden. Pulang ke rumah (lepak we.........)